Anda di laman kakak.teruskan membaca,tinggalkan jejak:)

Tuesday 31 May 2011

BEFORE AND AFTER


*Being lonely sometimes better than being hurt :)

p/s : I finally returned to Malaysia as well. sister, family, cousins​​, my love one and friends. I'm coming home!

THE ARTIST IN ME.


 
 Kalau rasa nak melukis, lukis je. Tak kisah lah comot ke buruk ke cacat ke.
_________________________________________

My ART is no ART,
Without my minds simplicity.
 
My ART does not want,
To subscribe to the view that unhappiness,
Commands the world.
When I paint or draw,
I keep my minds thought garden, completely free.
My ART is the hide and seek,
Between my souls illuminating smiles,
And my hearts streaming tears.
 
The artist in me has three,
Faithful, sleepless and self-giving friends.
A newness eye, a oneness heart and a fullness life.
 
TQ 
 
p/s : mickey, teringat adik.




Sunday 29 May 2011

PARTNERS IN CRIME

23 TAHUN YANG LEPAS


Screw with one, you will deal with us both and we learned from the best. 
Our MOM !! HAHA
Kakak 5tahun, Adik 1tahun.
Best kot main pulas-pulas ni kan. Then, dah puas pulas boleh sukakan? Waaaa~
Boleh nampak lebih ciri-ciri doctor kot.
Kakak . University Of Sydney, PhD :)
And Adik? Dimana dia? Well, khabarnya study di Oxford :)
Betul kan balik kepala yang sedap dipulas-pulas dulu. TQ
________________________________________________
   
Btw, saya ada lagu nak share dengan korang.
This song was created by my good friend from primary school lagi.
Mr. Hafizuddin Hilmy @ Pitpit.

Pitpit "nak kasi awak lagu. i buat lagu emosi"
  

Saturday 28 May 2011

SAYA KAKAK. BEST KE?

Best ke jadi anak sulung ?

  KAKAK. Walaupun saya kakak, keistimewaan saya terletak kepada ke'awek'kan muda pada wajah serta ketinggian yang agak cumel. Uhukk *pengsan. Sebab, bila jalan dengan adik-adik saya orang akan ingat saya adik sebab saya rendah dari diorang. Bila diorang pakai high heels, haaa terkontot lah kau sana Lily.

MENGALAH. Part ni saya tak suka. Heee, bila adik-adik annoying kakak selalu kena mengalah. Kesian kakak yang innocent tu. Whatt?? Tapi kalau Bonda masuk campur, adik-adik mesti kalah. Well, kakak korang ni ada kuasa veto OK? Wekk. Bila adik balik dari universiti, mesti tidur satu tilam. Kalau tidur baik takpe lah jugak kan? Memang tak lahh kan. Adik kan, mana reti tidur sopan-sopan macam kakak dia ni. Heee. Walaupun kakak dah bagi space, dia tetap tak reti. Punyalah kakak beriye berhimpit kat tepi dinding sebab nak bagi space yang luas. Aiyakk. Kadang-kadang kalau panas, terpaksa lah tidur kat sofa bawah sebab nak bagi selesa adik-adik lah katakan. Peluk bantal dengan selimut dah macam isteri gaduh dengan suami pulak kan. Grrrr. 

MAKAN. Kakak selalu kena mengalah bab makanan. Tahu sebab apa? Ok, cerita perihal adik saya seorang ni. Kalau makan, mesti nak bersuap. Kalah baby. Lagi-lagi kalau guna sudu garfu. Aihhh rasa nak cubit-cubittt je kot. Kami suka makan, sebab tu kadang-kadang kakak sesaja bagi adik dia makan lebih. Lagipon, suka tengok adik makan. Terus boleh kenyang. Yeh? Heee.  Satu lagi kalau buat kuih raya. Mula-mula ok lah, lepastu datang gegedik dia bila part nak letak chocolate ke, bab hias-hias mesti gaduh. Kalau Bonda ada sekali kat dapur mesti kakak dah kena jerit " Eh, bialah adik tu belajar jugak" Hemo2. Kalau kakak dah bengang mesti adik tu kena sound kan. Hahaha " Nahh kau buat lah sorang-sorang, tak jadi jangan panggil aku" Kikiki. Dah kakak kena mengalah. Mana tak kena sound kan? Karang bila buruk ke, tak jadi ke. Kakak jugak kena marah dengan Bonda. Iyela, kan saya cakap jadi adik tak perlu mengalah. Grrr. 

CERITA / GOSSIP. Paling geram kot bila kita bercerita syok-syok, panjang lebar bagai. Penuh best kau kan adik boleh tanya balik "Eh, asal-asal?". Lagi-lagi kalau Bonda yang bercerita. Memang nak terbang lah bumbung rumah kan kalau kecoh-kecoh suruh cerita balik. Kalau mood kakak baik, oklah ulang balik. Kalau tak? Haaa berasap lah telinga korang "Ingat ASTRO ke ada siaran ulangan". Oh baiklah T_T

BAJU. Dah jadi adat family kan kongsi baju. Bukan adik perempuan je sebok nak pinjam baju kakak, tapi yang adik lelaki pon tak kurang sebok! Grrr. Bukan baju je, haa dengan seluar pon korang kebas kan? Tapi esok nya, kakak pulak pinjam baju adik. Selalunya, kesian kakak kena pakai baju lama. Sebab adik kakak dah kebas baju cantik-cantik dia. Hee.

HADIAH. Tak pernah adik tak kasi kakak hadiah. Part ni best jadi kakak. Ahaha.. Bila birthday mula lah kakak nak manja-manja. Gedik dohh. Bila lagi kan? TQ.

KAKAK SAYANG ADIK-ADIK DIA

P/s : pernah dengar anak ketiga bila dah besar kaya? Haa sebab apa? Sebab KAKAK lah kan. 

Saturday 21 May 2011

NENEK. Selepas kematianmu

*google
 
________________________________________________________
Nenek,
Menangislah dengan airmata tua mu,
Dengan kemiskinan kita yang telah tua,
Dengan sengsara kita yang lebih hina..
 
Nenek,
Bertenanglah dengan usia tua mu,
Dengan kehidupan kita yang telah lama,
Dengan kematian yang pasti tiba.

Nenek,
Kematianmu amat menyedihkan,
Tiada saudara @ taulan disisi,
Tiada suami & anak-anak sebagai bekalan,
Apatah lagi wang mengurusi jenazah tuamu.

Nenek,
Aku lihat mereka datang menziarahi jenazah mu,
Dengan simpati dan ucapan takziah yang berjela,
Aku kagum nek,
Mereka menghormati mu setelah kematianmu sedang hidupmu dicela & dihina.
 
Nenek,
Aku lihat mereka memandi mengapan dan mengiringimu ke pusara mu,
Mereka sungguh baik nek,
Tapi kenapa kebaikan mereka selepas kematianmu?

Nenek,
Aku dengar mereka bercerita tentang kematianmu,
Mereka bercerita tentang kisah silam mu,
Ada yang berhiba, tidak kurang juga yang menghina selepas kematianmu.

Nenek,
Senyumlah dengan wajah tua mu,
Baju tuamu yang tidak pernah berganti,
Baju baru mu hanyalah kain putih ini.



LOVE KAKAK

p/s : Ly rindu nenek. AL-FATIHAH






Thursday 19 May 2011

WHISPERED

Alhamdullilah. Thank you Allah.
I cant thank you enough for everything I have.

Super doopa great family.
Super cumel people & friends around me.

     I am grateful. enough with what is available. Enough. Semua pinjaman dunia. Yang pasti janji ALLAH itu benar. Bersyukur & hargailah setiap peluang yang ada, takut pula esok bukan lagi untuk kita. forgive myself. Because I could not make everyone happy. 
      EMAS? every opportunity & space inside can be a starting point of life to be so good and also the beginning point of collapse. Beware. Educate mind to think with wisdom.Yes, sentiasa berfikiran positif. PASTI. Jadi, pilih lah yang baik, buang yang buruk. Andai mungkin 1hari nanti anda jatuh, jangan pulak takot untuk melompat lebih tinggi supaya kita terus dapat bangun & capai awan walaupon susah.
     
SubhanaALLAH. Yang pasti, segalanya kembali kepada ALLAH
* Aku bersyukur. 


Wednesday 18 May 2011

ADIK MENANGIS


 CITA-CITA SEORANG ADIK: 
My sister aspires to those around them proud to see her succeed next year after degree.


 ______________________________________________

     In which direction you are after a finish a degree? master? phd maybe? or work? The most happy marriage? ohh ok please do not berangan nak kahwen. * pengsan.
      Apa yang orang pandang budak lepas degree ni? Well, a bachelors degree assigns a higher worth to your value as an employee because your employer is basing your salary on the skills, knowledge and experience developed while obtaining your degree. So, adik namau risau okay. 
     Takesah lah grad dari universiti mana pon, takesah lah berapa banyak transcript dapat pon, takesah lah takdapat 4flat pon, yang penting ILMU. Peduli kata orang, belajar tentang hidup adalah bukan sesuatu yang boleh perolehi dari buku,semua tu tentang PENGALAMAN.

KAKAK :)

KAKAK CAM #1 = BEHAVE



     FUN? Actualy game it was fun when you drive, then the person next to you are busy playing with the seat. So, nak lah dengki banyak banyak kan. Then, why not we blow her with paddle break! haha. Itulah yang jadi kat video diatas. Ihik!
    
p/s : background lagu dah best. tapi macam tak insaf je. *pengsan
 

Monday 16 May 2011

REASON

 
   REASON.  I became a blogger because of my sister. ( gambar diatas ). Sebelum ni, I lebih kepada penulisan bersama pen & my lovely scrapbook. So, why not kita berubah angin kan? Hmm seriously, I took a long time to make decisions of this. Adik saya pakar ok pujuk memujuk ni. ( tak buat merajuk kot ) lalalala. Everything we do should have the objective lah kan? wee my objective on this blog is "SISTERS". Hee 
   I'm not gonna chalk down all my daily activities here. but I will share all the good moments and my best feelings here!
 :) OK pengsan*.