Anda di laman kakak.teruskan membaca,tinggalkan jejak:)

Saturday 28 May 2011

SAYA KAKAK. BEST KE?

Best ke jadi anak sulung ?

  KAKAK. Walaupun saya kakak, keistimewaan saya terletak kepada ke'awek'kan muda pada wajah serta ketinggian yang agak cumel. Uhukk *pengsan. Sebab, bila jalan dengan adik-adik saya orang akan ingat saya adik sebab saya rendah dari diorang. Bila diorang pakai high heels, haaa terkontot lah kau sana Lily.

MENGALAH. Part ni saya tak suka. Heee, bila adik-adik annoying kakak selalu kena mengalah. Kesian kakak yang innocent tu. Whatt?? Tapi kalau Bonda masuk campur, adik-adik mesti kalah. Well, kakak korang ni ada kuasa veto OK? Wekk. Bila adik balik dari universiti, mesti tidur satu tilam. Kalau tidur baik takpe lah jugak kan? Memang tak lahh kan. Adik kan, mana reti tidur sopan-sopan macam kakak dia ni. Heee. Walaupun kakak dah bagi space, dia tetap tak reti. Punyalah kakak beriye berhimpit kat tepi dinding sebab nak bagi space yang luas. Aiyakk. Kadang-kadang kalau panas, terpaksa lah tidur kat sofa bawah sebab nak bagi selesa adik-adik lah katakan. Peluk bantal dengan selimut dah macam isteri gaduh dengan suami pulak kan. Grrrr. 

MAKAN. Kakak selalu kena mengalah bab makanan. Tahu sebab apa? Ok, cerita perihal adik saya seorang ni. Kalau makan, mesti nak bersuap. Kalah baby. Lagi-lagi kalau guna sudu garfu. Aihhh rasa nak cubit-cubittt je kot. Kami suka makan, sebab tu kadang-kadang kakak sesaja bagi adik dia makan lebih. Lagipon, suka tengok adik makan. Terus boleh kenyang. Yeh? Heee.  Satu lagi kalau buat kuih raya. Mula-mula ok lah, lepastu datang gegedik dia bila part nak letak chocolate ke, bab hias-hias mesti gaduh. Kalau Bonda ada sekali kat dapur mesti kakak dah kena jerit " Eh, bialah adik tu belajar jugak" Hemo2. Kalau kakak dah bengang mesti adik tu kena sound kan. Hahaha " Nahh kau buat lah sorang-sorang, tak jadi jangan panggil aku" Kikiki. Dah kakak kena mengalah. Mana tak kena sound kan? Karang bila buruk ke, tak jadi ke. Kakak jugak kena marah dengan Bonda. Iyela, kan saya cakap jadi adik tak perlu mengalah. Grrr. 

CERITA / GOSSIP. Paling geram kot bila kita bercerita syok-syok, panjang lebar bagai. Penuh best kau kan adik boleh tanya balik "Eh, asal-asal?". Lagi-lagi kalau Bonda yang bercerita. Memang nak terbang lah bumbung rumah kan kalau kecoh-kecoh suruh cerita balik. Kalau mood kakak baik, oklah ulang balik. Kalau tak? Haaa berasap lah telinga korang "Ingat ASTRO ke ada siaran ulangan". Oh baiklah T_T

BAJU. Dah jadi adat family kan kongsi baju. Bukan adik perempuan je sebok nak pinjam baju kakak, tapi yang adik lelaki pon tak kurang sebok! Grrr. Bukan baju je, haa dengan seluar pon korang kebas kan? Tapi esok nya, kakak pulak pinjam baju adik. Selalunya, kesian kakak kena pakai baju lama. Sebab adik kakak dah kebas baju cantik-cantik dia. Hee.

HADIAH. Tak pernah adik tak kasi kakak hadiah. Part ni best jadi kakak. Ahaha.. Bila birthday mula lah kakak nak manja-manja. Gedik dohh. Bila lagi kan? TQ.

KAKAK SAYANG ADIK-ADIK DIA

P/s : pernah dengar anak ketiga bila dah besar kaya? Haa sebab apa? Sebab KAKAK lah kan. 

No comments: