Anda di laman kakak.teruskan membaca,tinggalkan jejak:)

Sunday 26 June 2011

AKU FOBIA HOSPITAL


Assalamualaikum dan hai :)
Fobia dengan hospital? Takut nak makan ubat? Takut nak pandang jururawat? ( kecuali doktor hensem takpe) HAHA!
Btw, I tak suka bau hospital itu sendiri. Grrrr! Masuk je kawasan hospital secara automatik kepala boleh pusing-pusing. Hee. Plus bau "dettol" yang menusuk hidung ni. I tak suka tengok barang-barang kat hospital.
Bagi I hospital adalah temapat yang menyeramkan walaupun ia nya adalah tempat kita yang sakit mencari penawar ubat.
Tapi, kalau dah takdir kita sakit terlantar di hospital apa boleh buatkan? Lagi-lagi kalau kita sendiri tidak berdaya nak menguruskan diri kita sendiri lagi.

 Minta dipermudahkan kan perjalanan hidup ku nanti Insya-ALLAH, AMINN.

p/s : kepada waris-waris terdekat ku, saya Lily Farahfariza meminta pertolongan jika suatu hari nanti saya tidak berdaya dan terlantar di hospital atau kesakitan di rumah, hanya 1 saya pinta. Jangan lupa ambilkan saya wuduk ye sayang. Iya, mungkin kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita masa akan datang.


Saturday 25 June 2011

MARIA ELENA ZARUL YOU MAKE ME LAUGH ! NEW STYLES OF HIJAB TUTORIAL.


Hai, Assalamualaikum !
Actually entry ni I dah lama buat. Tapi tak ter publish-publish sampai lah harini. OK, so today I decided nak stalk lagi lah blogger lain kan. Terutama yang cantik-cantik, cumel-cumel, blog dorang pon smart and fun untuk dibaca. Adalah jugak input kan? Dari yang bercerita pasal putus cinta. Ohh buang masa, sorry!
Then, I ter usha facebook kakakcumel ni, MARIA ELENA ZARUL. Homaii beliau dah buat a new video hijab tutorial.  2IN1 yaw :) OK lets learn from her.


HAHA! Tengok video kakakcumel ni memang tak berkelip-kelip mata OK! Macam tengok movie. Then nak ulang balik video dia. Kejang urat pipi I gelak.
So, amacam? Ada yang cakap style MARIA ELENA ZARUL ni messy lah, macam pakai tudung ala-ala letak towel atas kepala lah. (kedek-kedek nak pergi mandi) something like that bila I sendiri buat and pakai gaya beliau bila pergi class. But, ada aku kisah? AAK! HAHA. Atlist I pakai tudung, kau? AKK. Aku cepuk karang kalau kau lebih-lebih. Lalala~

Suddently, I terperasan gambar ni. Akak oii, style lah berposing depan gate rumah :) HAHA. Sorry I curik photos you. Minta izin ye.Wekk!
 

That's all for today. Beralih arah ke online shops pulak sebab terpengaruh dengan this girl ! Ciss banyak lah duit kau Lily !!  THANKS GIRLS ;)



Friday 17 June 2011

CCTV . Anda diperhatikan !


Bertakwalah kepada ALLAH. Maksud nye? Takutlah dan tanamkan dalam hati yang ALLAH melihat apa segala yang kita lakukan. Buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang. Itu sahaja, mudah kan? Yey! Tapi jangan buat yang ALLAH suruh dan buat jugak yang ALLAH larang. Yang dibenarkan tetap dibenarkan. Kan?  Haa yang larangan tetap larangan. Simple tak? OK.

Memang mudah ! So, tanam kan dalam hati yang ALLAH melihat segala yang kita buat. Hmmm takut :(  Tidak kira kita sorang-sorang ke atau berdua disebuah tempat yang tertutup dan gelap. Opss actually tadi I nampak couple ni lah, bajet orang xnampak kot dia dok com-com kat taman tu. Agak lah ye dik, dengan baju sekolah lagi, dengan orang dok lalu lalang jogging, korang boleh kan buat mende tak senonoh tu kan? Geli OK ! But, thanks to pak guard yang marah budak bangang tu. Horayy!

Ye ALLAH pasti dapat lihat diri anda. So, erti kata lain sebelum kita buat sesuatu, ingat ALLAH perhatikan apa yang anda buat. Walaupon anda senyap tidak berkata apa-apa sebelum atau semasa melakukan kejahatan, hati anda dapat dibaca oleh ALLAH SWT.

Kita biasakan jejalan kat shopping complex, shopping-shopping then ada CCTV dan ada juga notis "Anda sedang diperhatikan" atau "Permis ini dilengkapi dengan CCTV" Opcos la adakan? So, apa perasan kita masa itu? Tentu kita akan hati-hati. Betul tak? Dalam hati kalau nak pegang awek or pakwe- "Takyah pegang-pegang.. ada CCTV la". There? Kenapa nak takut kat CCTV dan tidak takut pada ALLAH. Tepuk dada tanya iman !

ASSALAMUALAIKUM :)

Thursday 16 June 2011

I'M PERMANENT



currently listening to these songs.

Is this the moment where I look you in the eye?
Forgive my broken promise that you'll never see me cry
And everything, it will surely change even if I tell you I won't go away today
Will you think that you're all alone
When no one's there to hold your hand?
And all you know seems so far away and everything is temporary rest your head
I'm permanent

I know he's living in hell every single day
And so I ask oh god is there some way for me to take his place
And when they say it's all touch and go I wish I could make it go away
But still you say
Will you think that you're all alone when no one's there to hold your hand?
When all you know seems so far away and everything is temporary, rest your head
I'm permanent

Is the moment where I look you in the eye?
Forgive my promise that you'll never see me cry

 

Monday 13 June 2011

INTERNET BOLEH BELI CINTA ?



LOVE. Internet memainkan peranan  yang cukup besar dalam kehidupan kita pada masa kini. Mana tak nya, nak meniaga guna internet, buat kerja, assignment kita rujuk internet. Malah nak sembang pon kita dah jarang keluar rumah, semuanya dibuat di internet. Memang dunia maya luas untuk diterokai.


Nak kata orang dewasa shaja yang guna internet tak jugak. Kita sendiri boleh tengok kan betapa ramai budak-budak sekarang yang lebih hebat dan teror gunakan internet dan computer. Kan? Tapi takde pelik kot sebab pendedahan mereka dengan internet berbeza dari zaman kita dulu (terasa macam dah tua sangat).


I ada terbaca satu laporan ni dalam hasil kajian 9000 pengguna talian dewasa dan kanak-kanak dari 12 negara. Boleh nampak kan walaupon tidak termasuk Malaysia ia boleh digambarkan evolusi yang dibawa oleh teknologi moden dan salah satu nya adalah membeli cinta!


Wahh! Sebut pasal cinta, ada hati yang sudah berbunga-bunga kot :). Jangan pulop salah paham, cinta I maksudkan bukan lah cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit or yang dijual pada Ebay ke. Tapi internet dah sediakan platform untuk korang mencari cinta, mengukuhkan cinta, berkomunikasi dan merapat-rapat kan lagi hubungan yang sedia ada. Uicehhh :).. So, tak mustahil untuk mencari cinta di internet kan dan membuatkan hubungan mereka lebih baik.


Ia mudah untuk seseorang berhubung macam Skype, YM, share photo di facebook. Then, handphone sekarang pon dah terlebih canggih. Boleh call, then kebanyakkan handphone sekarang pon dah ada Wifi. Walaupon bukan semua jumpa cinta, tapi atlist ia membantu kearah nye jua.

Kita pandang dari sudut keluarga pulop, lebih 71% kot kajian yang dibuat menyatakan internet mempermudahkan mereka untuk merapatkan hubungan yang sedia ada. Ibubapa yang busy dengan kerja boleh menghubungi melalui internet macam skype, facebook. Yela, itu kalau ibubapa yang kerja jauh. Budak-budak sekarang pon pandai bercerita hal keluarga di blog or else. 



Pada pandangan saya lah, semua ni memperlihatkan kita sentuhan peribadi dan keluarga dari segi penggunaan dan hubungan. Betul tak? Hee :) Even, isu "mengadap" computer sahaja tak memungkinkan kejayaan hubugan. Standardize kan dan kawalan perlu ada untuk tidak disalah gunakan.


Apa yang penting sekarang, ibubapa or adik beradik patot mengawasi dan mengambil tahu apa yang anak kita buat or adik kita surfing di internet. Iyalah, baik menghindar dari awal kan. Tak lupa juga individu yang kemaruk mencari cinta, nasihat I  yang penting perlu bijak memilih kenalan dan sentiasa berhati-hati menjalinkan hubungan lebih serius diluar talian. Jangan nak terlalu teruja untuk berkenalan sampai menggadai keselamatan diri sendiri. Betul tak?


Lastly, hmm hubungan bukan sekadar di keyboard korang je,ia perlu dieratkan kan secara berterusan didalam dan luar dunia internet bagi mencapai perhubungan yang kita nak. Apa2pon kita harus akui yang internet mempunyai tangga2 nya tersendiri, uisehh. Tak kisah lah dari segi perhubungan dan komunikasi seseorang. Tak mustahil kot perkembangannya akan semakin hebat dari segi cinta, hubungan, belajar, kerja dan sosial. Kita tunggu dan lihat yaw lagi 2, 3 tahun akan datang !


ASSALAMULAIKUM :)

Sunday 12 June 2011

HUMANITY. POEM ( BUANG BABY )




I wrote this poem after I saw the news on tv. This special poem for people who have no humanity. Poor with these people. Do not know what they think.

Ibubapa kata jaga diri,
Anak kata ikut hati,
Adik beradik nasihat tak henti2,
Dia buat tak mengerti.

Buang baby,
Lidah pemuda bijak berperi,
Pemudi tersipu terasa dihargai,
Gadis gedik bukan bebal, 
Teruna perangai kaki bedal.

Wahhh !! Buang baby lagi,
Sayang kawan sampai ke puncak,
Sayang mahkota mangsa kehendak,
kawan-kawan cemas selalu,
Dia selamba tak rasa malu.

Wahai pembuang baby,
Orang berkawan, dia berkawan,
Sesama suka sampai mengawan,
Haiwan mengawan pantang bersua,
Pasangan mengawan ikut rasa.

ADUHHH! 
Orang beranak, dia beranak,
Orang nikah dia tidak,
Isteri bersalin didampingi suami,
Dia bersalin sembunyi2.

AHHH !
Buang baby dimana sempat,
Ibubapa menanggung laknat,
Aduhai pasangan sesama berselera,
Rakus menikmati hidangan percuma.

INSAF LAH :( 

* teringat kawan baik saya bercerita tentang seorang blogger ni berusia 14tahun yang terang2 mengaku kat blog dia, yang dia takde dara lagi dah dengan boyfriend dia dulu. WHAT?! samada betul atau tidak, taktau lah. Kalau betul, taubat lah ye dik.

ASSALAMUALAIKUM :)

Friday 10 June 2011

FIREFLY UP UP.


Mula-mula nak bagitahu awal-awal, korang akan muntah kot tengok gambar-gambar untuk entry kali ini. 



UP UP
___________________________

FIREFLY. Kenapa kakak pilih Firefly?
  1. Murah dari AIRASIA & MAS.
  2. Untuk penerbangan luar dari semenanjung seperti Sabah, Sarawak. Flight akan turun mendarat di KLIA SEPANG. Jika fly dalam negeri sahaja, maka penerbangan adalah dari Airport Subang. Memang dah dekat sangat dengan rumah bakal mak mertua. Ehhh rumah emak kite lah :P
  3. Dah nama naik di KLIA, so apelagi kita nak expect kan? Lebih selesa berbanding dengan LCCT. Betul tak? Tak perlu berjalan jauh untuk naik ke kapal terbang.
  4. Tempat duduk yang lebih selesa. Paling penting cermin tingkap takdelah tebal semacam je. Macam pakai kanta yang over tebal ni. Grrr. Ini boleh mengakibatkan pening kepala serta mabuk yang melampau. Wahh!
  5. Stewardess yang lebih handsome dan paling penting, FRIENDLY. Tapi kalau dah over sikit-sikit tanya pon  tak best la jugak kan. Bila masa nak bagi aku tidoq ni. Heee :)



Bau memang dah sedap bila trolly jualan diorang keluar. Tu yang gatai tengok menu. Uicehh bajet banyak duet lah kata kan. Last-last kakak beli rebina je RM6 yaww. Ok what dari takde kan. Huuu.


Haa, kakak suka stewardess ni. Sebab? Masuk je, "wahh adik ni macam Yuna laa" Opss over tau awak. HAHA. Ok, siap apron lagi kot bancuh kopi. Kalah makcik kat warung mamak. Sebab kan miss ni baik, bagi kakak chocs, bagi kakak fresh oren free. Konon nye, yang lain tidur then kakak tak sebab bajet banyak kerja ni dengan buku. Wahhh.



Ini lah seat dia ! Kakak duduk seat number 22A, tepi tingkap.


Pen kawan kakak :)



Tidur -_-  kroohhh


Hebatkan ciptaan ALLAH SWT. 


Kan best kalau boleh pegang awan kan? Nak amik awan masuk dalam beg kasi adikmanja kakak :) Yey! kakak hadiahkan adik awan! Wahh mesti bangga.


Kegilaan melampau. Sengal kot.


Lastly, masa nak balik dari Malaysia inilah rupa awan kakak. Muram macamana muram nye hati kakak. Tengok kat tingkap airmata pon meleleh-leleh. Wuwuwu :(

_______________________________


SELAMAT BERTUNANG LADIEY GEGE

Nathasha :) Kawan saya dari zaman kecik-kecik. Pergi kelas agama sama-sama. Birthday dia kakak pernah kasi dia "sabun buku" huuu :)
Sekarang? umur dah 24tahun. Lebih 10tahun kitorang berkawan. Dah nak kawen kawanbaik kakak ni. Gumbira sangat!


4JUNE2011

__________________________


P/S ; MUNGKIN ADA YANG TAK SEMPAT NAK JUMPA, HARAP MAAF SEBAB CUTI PON TAK LAMA KAN. PADA YANG SUDI JUMPA KAKAK, TERIMA KASIH BANYAK DAN MOHON AMPUN JIKA ADA SALAH SILAP, HALALKAN MAKAN MINUM KAKAK KETIKA BERADA BERSAMA KALIAN. ( macam raya dah pulop )
ADA REZEKI UMUR PANJANG, YE KITA JUMPA LAGI YE.
ASSALAMUALAIKUM :)


Tuesday 31 May 2011

BEFORE AND AFTER


*Being lonely sometimes better than being hurt :)

p/s : I finally returned to Malaysia as well. sister, family, cousins​​, my love one and friends. I'm coming home!

THE ARTIST IN ME.


 
 Kalau rasa nak melukis, lukis je. Tak kisah lah comot ke buruk ke cacat ke.
_________________________________________

My ART is no ART,
Without my minds simplicity.
 
My ART does not want,
To subscribe to the view that unhappiness,
Commands the world.
When I paint or draw,
I keep my minds thought garden, completely free.
My ART is the hide and seek,
Between my souls illuminating smiles,
And my hearts streaming tears.
 
The artist in me has three,
Faithful, sleepless and self-giving friends.
A newness eye, a oneness heart and a fullness life.
 
TQ 
 
p/s : mickey, teringat adik.




Sunday 29 May 2011

PARTNERS IN CRIME

23 TAHUN YANG LEPAS


Screw with one, you will deal with us both and we learned from the best. 
Our MOM !! HAHA
Kakak 5tahun, Adik 1tahun.
Best kot main pulas-pulas ni kan. Then, dah puas pulas boleh sukakan? Waaaa~
Boleh nampak lebih ciri-ciri doctor kot.
Kakak . University Of Sydney, PhD :)
And Adik? Dimana dia? Well, khabarnya study di Oxford :)
Betul kan balik kepala yang sedap dipulas-pulas dulu. TQ
________________________________________________
   
Btw, saya ada lagu nak share dengan korang.
This song was created by my good friend from primary school lagi.
Mr. Hafizuddin Hilmy @ Pitpit.

Pitpit "nak kasi awak lagu. i buat lagu emosi"
  

Saturday 28 May 2011

SAYA KAKAK. BEST KE?

Best ke jadi anak sulung ?

  KAKAK. Walaupun saya kakak, keistimewaan saya terletak kepada ke'awek'kan muda pada wajah serta ketinggian yang agak cumel. Uhukk *pengsan. Sebab, bila jalan dengan adik-adik saya orang akan ingat saya adik sebab saya rendah dari diorang. Bila diorang pakai high heels, haaa terkontot lah kau sana Lily.

MENGALAH. Part ni saya tak suka. Heee, bila adik-adik annoying kakak selalu kena mengalah. Kesian kakak yang innocent tu. Whatt?? Tapi kalau Bonda masuk campur, adik-adik mesti kalah. Well, kakak korang ni ada kuasa veto OK? Wekk. Bila adik balik dari universiti, mesti tidur satu tilam. Kalau tidur baik takpe lah jugak kan? Memang tak lahh kan. Adik kan, mana reti tidur sopan-sopan macam kakak dia ni. Heee. Walaupun kakak dah bagi space, dia tetap tak reti. Punyalah kakak beriye berhimpit kat tepi dinding sebab nak bagi space yang luas. Aiyakk. Kadang-kadang kalau panas, terpaksa lah tidur kat sofa bawah sebab nak bagi selesa adik-adik lah katakan. Peluk bantal dengan selimut dah macam isteri gaduh dengan suami pulak kan. Grrrr. 

MAKAN. Kakak selalu kena mengalah bab makanan. Tahu sebab apa? Ok, cerita perihal adik saya seorang ni. Kalau makan, mesti nak bersuap. Kalah baby. Lagi-lagi kalau guna sudu garfu. Aihhh rasa nak cubit-cubittt je kot. Kami suka makan, sebab tu kadang-kadang kakak sesaja bagi adik dia makan lebih. Lagipon, suka tengok adik makan. Terus boleh kenyang. Yeh? Heee.  Satu lagi kalau buat kuih raya. Mula-mula ok lah, lepastu datang gegedik dia bila part nak letak chocolate ke, bab hias-hias mesti gaduh. Kalau Bonda ada sekali kat dapur mesti kakak dah kena jerit " Eh, bialah adik tu belajar jugak" Hemo2. Kalau kakak dah bengang mesti adik tu kena sound kan. Hahaha " Nahh kau buat lah sorang-sorang, tak jadi jangan panggil aku" Kikiki. Dah kakak kena mengalah. Mana tak kena sound kan? Karang bila buruk ke, tak jadi ke. Kakak jugak kena marah dengan Bonda. Iyela, kan saya cakap jadi adik tak perlu mengalah. Grrr. 

CERITA / GOSSIP. Paling geram kot bila kita bercerita syok-syok, panjang lebar bagai. Penuh best kau kan adik boleh tanya balik "Eh, asal-asal?". Lagi-lagi kalau Bonda yang bercerita. Memang nak terbang lah bumbung rumah kan kalau kecoh-kecoh suruh cerita balik. Kalau mood kakak baik, oklah ulang balik. Kalau tak? Haaa berasap lah telinga korang "Ingat ASTRO ke ada siaran ulangan". Oh baiklah T_T

BAJU. Dah jadi adat family kan kongsi baju. Bukan adik perempuan je sebok nak pinjam baju kakak, tapi yang adik lelaki pon tak kurang sebok! Grrr. Bukan baju je, haa dengan seluar pon korang kebas kan? Tapi esok nya, kakak pulak pinjam baju adik. Selalunya, kesian kakak kena pakai baju lama. Sebab adik kakak dah kebas baju cantik-cantik dia. Hee.

HADIAH. Tak pernah adik tak kasi kakak hadiah. Part ni best jadi kakak. Ahaha.. Bila birthday mula lah kakak nak manja-manja. Gedik dohh. Bila lagi kan? TQ.

KAKAK SAYANG ADIK-ADIK DIA

P/s : pernah dengar anak ketiga bila dah besar kaya? Haa sebab apa? Sebab KAKAK lah kan. 

Saturday 21 May 2011

NENEK. Selepas kematianmu

*google
 
________________________________________________________
Nenek,
Menangislah dengan airmata tua mu,
Dengan kemiskinan kita yang telah tua,
Dengan sengsara kita yang lebih hina..
 
Nenek,
Bertenanglah dengan usia tua mu,
Dengan kehidupan kita yang telah lama,
Dengan kematian yang pasti tiba.

Nenek,
Kematianmu amat menyedihkan,
Tiada saudara @ taulan disisi,
Tiada suami & anak-anak sebagai bekalan,
Apatah lagi wang mengurusi jenazah tuamu.

Nenek,
Aku lihat mereka datang menziarahi jenazah mu,
Dengan simpati dan ucapan takziah yang berjela,
Aku kagum nek,
Mereka menghormati mu setelah kematianmu sedang hidupmu dicela & dihina.
 
Nenek,
Aku lihat mereka memandi mengapan dan mengiringimu ke pusara mu,
Mereka sungguh baik nek,
Tapi kenapa kebaikan mereka selepas kematianmu?

Nenek,
Aku dengar mereka bercerita tentang kematianmu,
Mereka bercerita tentang kisah silam mu,
Ada yang berhiba, tidak kurang juga yang menghina selepas kematianmu.

Nenek,
Senyumlah dengan wajah tua mu,
Baju tuamu yang tidak pernah berganti,
Baju baru mu hanyalah kain putih ini.



LOVE KAKAK

p/s : Ly rindu nenek. AL-FATIHAH






Thursday 19 May 2011

WHISPERED

Alhamdullilah. Thank you Allah.
I cant thank you enough for everything I have.

Super doopa great family.
Super cumel people & friends around me.

     I am grateful. enough with what is available. Enough. Semua pinjaman dunia. Yang pasti janji ALLAH itu benar. Bersyukur & hargailah setiap peluang yang ada, takut pula esok bukan lagi untuk kita. forgive myself. Because I could not make everyone happy. 
      EMAS? every opportunity & space inside can be a starting point of life to be so good and also the beginning point of collapse. Beware. Educate mind to think with wisdom.Yes, sentiasa berfikiran positif. PASTI. Jadi, pilih lah yang baik, buang yang buruk. Andai mungkin 1hari nanti anda jatuh, jangan pulak takot untuk melompat lebih tinggi supaya kita terus dapat bangun & capai awan walaupon susah.
     
SubhanaALLAH. Yang pasti, segalanya kembali kepada ALLAH
* Aku bersyukur. 


Wednesday 18 May 2011

ADIK MENANGIS


 CITA-CITA SEORANG ADIK: 
My sister aspires to those around them proud to see her succeed next year after degree.


 ______________________________________________

     In which direction you are after a finish a degree? master? phd maybe? or work? The most happy marriage? ohh ok please do not berangan nak kahwen. * pengsan.
      Apa yang orang pandang budak lepas degree ni? Well, a bachelors degree assigns a higher worth to your value as an employee because your employer is basing your salary on the skills, knowledge and experience developed while obtaining your degree. So, adik namau risau okay. 
     Takesah lah grad dari universiti mana pon, takesah lah berapa banyak transcript dapat pon, takesah lah takdapat 4flat pon, yang penting ILMU. Peduli kata orang, belajar tentang hidup adalah bukan sesuatu yang boleh perolehi dari buku,semua tu tentang PENGALAMAN.

KAKAK :)

KAKAK CAM #1 = BEHAVE



     FUN? Actualy game it was fun when you drive, then the person next to you are busy playing with the seat. So, nak lah dengki banyak banyak kan. Then, why not we blow her with paddle break! haha. Itulah yang jadi kat video diatas. Ihik!
    
p/s : background lagu dah best. tapi macam tak insaf je. *pengsan
 

Monday 16 May 2011

REASON

 
   REASON.  I became a blogger because of my sister. ( gambar diatas ). Sebelum ni, I lebih kepada penulisan bersama pen & my lovely scrapbook. So, why not kita berubah angin kan? Hmm seriously, I took a long time to make decisions of this. Adik saya pakar ok pujuk memujuk ni. ( tak buat merajuk kot ) lalalala. Everything we do should have the objective lah kan? wee my objective on this blog is "SISTERS". Hee 
   I'm not gonna chalk down all my daily activities here. but I will share all the good moments and my best feelings here!
 :) OK pengsan*.