Anda di laman kakak.teruskan membaca,tinggalkan jejak:)

Friday 17 June 2011

CCTV . Anda diperhatikan !


Bertakwalah kepada ALLAH. Maksud nye? Takutlah dan tanamkan dalam hati yang ALLAH melihat apa segala yang kita lakukan. Buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang. Itu sahaja, mudah kan? Yey! Tapi jangan buat yang ALLAH suruh dan buat jugak yang ALLAH larang. Yang dibenarkan tetap dibenarkan. Kan?  Haa yang larangan tetap larangan. Simple tak? OK.

Memang mudah ! So, tanam kan dalam hati yang ALLAH melihat segala yang kita buat. Hmmm takut :(  Tidak kira kita sorang-sorang ke atau berdua disebuah tempat yang tertutup dan gelap. Opss actually tadi I nampak couple ni lah, bajet orang xnampak kot dia dok com-com kat taman tu. Agak lah ye dik, dengan baju sekolah lagi, dengan orang dok lalu lalang jogging, korang boleh kan buat mende tak senonoh tu kan? Geli OK ! But, thanks to pak guard yang marah budak bangang tu. Horayy!

Ye ALLAH pasti dapat lihat diri anda. So, erti kata lain sebelum kita buat sesuatu, ingat ALLAH perhatikan apa yang anda buat. Walaupon anda senyap tidak berkata apa-apa sebelum atau semasa melakukan kejahatan, hati anda dapat dibaca oleh ALLAH SWT.

Kita biasakan jejalan kat shopping complex, shopping-shopping then ada CCTV dan ada juga notis "Anda sedang diperhatikan" atau "Permis ini dilengkapi dengan CCTV" Opcos la adakan? So, apa perasan kita masa itu? Tentu kita akan hati-hati. Betul tak? Dalam hati kalau nak pegang awek or pakwe- "Takyah pegang-pegang.. ada CCTV la". There? Kenapa nak takut kat CCTV dan tidak takut pada ALLAH. Tepuk dada tanya iman !

ASSALAMUALAIKUM :)

No comments: