Anda di laman kakak.teruskan membaca,tinggalkan jejak:)

Monday 13 June 2011

INTERNET BOLEH BELI CINTA ?



LOVE. Internet memainkan peranan  yang cukup besar dalam kehidupan kita pada masa kini. Mana tak nya, nak meniaga guna internet, buat kerja, assignment kita rujuk internet. Malah nak sembang pon kita dah jarang keluar rumah, semuanya dibuat di internet. Memang dunia maya luas untuk diterokai.


Nak kata orang dewasa shaja yang guna internet tak jugak. Kita sendiri boleh tengok kan betapa ramai budak-budak sekarang yang lebih hebat dan teror gunakan internet dan computer. Kan? Tapi takde pelik kot sebab pendedahan mereka dengan internet berbeza dari zaman kita dulu (terasa macam dah tua sangat).


I ada terbaca satu laporan ni dalam hasil kajian 9000 pengguna talian dewasa dan kanak-kanak dari 12 negara. Boleh nampak kan walaupon tidak termasuk Malaysia ia boleh digambarkan evolusi yang dibawa oleh teknologi moden dan salah satu nya adalah membeli cinta!


Wahh! Sebut pasal cinta, ada hati yang sudah berbunga-bunga kot :). Jangan pulop salah paham, cinta I maksudkan bukan lah cinta yang boleh dibeli dengan wang ringgit or yang dijual pada Ebay ke. Tapi internet dah sediakan platform untuk korang mencari cinta, mengukuhkan cinta, berkomunikasi dan merapat-rapat kan lagi hubungan yang sedia ada. Uicehhh :).. So, tak mustahil untuk mencari cinta di internet kan dan membuatkan hubungan mereka lebih baik.


Ia mudah untuk seseorang berhubung macam Skype, YM, share photo di facebook. Then, handphone sekarang pon dah terlebih canggih. Boleh call, then kebanyakkan handphone sekarang pon dah ada Wifi. Walaupon bukan semua jumpa cinta, tapi atlist ia membantu kearah nye jua.

Kita pandang dari sudut keluarga pulop, lebih 71% kot kajian yang dibuat menyatakan internet mempermudahkan mereka untuk merapatkan hubungan yang sedia ada. Ibubapa yang busy dengan kerja boleh menghubungi melalui internet macam skype, facebook. Yela, itu kalau ibubapa yang kerja jauh. Budak-budak sekarang pon pandai bercerita hal keluarga di blog or else. 



Pada pandangan saya lah, semua ni memperlihatkan kita sentuhan peribadi dan keluarga dari segi penggunaan dan hubungan. Betul tak? Hee :) Even, isu "mengadap" computer sahaja tak memungkinkan kejayaan hubugan. Standardize kan dan kawalan perlu ada untuk tidak disalah gunakan.


Apa yang penting sekarang, ibubapa or adik beradik patot mengawasi dan mengambil tahu apa yang anak kita buat or adik kita surfing di internet. Iyalah, baik menghindar dari awal kan. Tak lupa juga individu yang kemaruk mencari cinta, nasihat I  yang penting perlu bijak memilih kenalan dan sentiasa berhati-hati menjalinkan hubungan lebih serius diluar talian. Jangan nak terlalu teruja untuk berkenalan sampai menggadai keselamatan diri sendiri. Betul tak?


Lastly, hmm hubungan bukan sekadar di keyboard korang je,ia perlu dieratkan kan secara berterusan didalam dan luar dunia internet bagi mencapai perhubungan yang kita nak. Apa2pon kita harus akui yang internet mempunyai tangga2 nya tersendiri, uisehh. Tak kisah lah dari segi perhubungan dan komunikasi seseorang. Tak mustahil kot perkembangannya akan semakin hebat dari segi cinta, hubungan, belajar, kerja dan sosial. Kita tunggu dan lihat yaw lagi 2, 3 tahun akan datang !


ASSALAMULAIKUM :)

No comments: